-->
Me n My Life
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Kata-kata~~

Hari ni,aku rajin sket,,hihihihi..tgh mood jiwang2 gak arh..tergerak cari artikel..jumpa satu artikel sal C.I.N.T.A. Okehhh,,aku jiwang lagi~~


Bukan jiwang ke ape,,tapi membuka mataku..Tajuk artikel nih Bukan Hanya Lafaz Bicara from iluvislam. Aku tertarik ngan kata2 ini :-


Mana mungkin rasa cinta ini, 
ku curahkan untuk lelaki yang telah lupa, 
Lupa pada cintanya pada pemilik cinta, 
Mana mungkin rasa cinta ini, 
ku serahkan kepada lelaki yang kedekut, 
Kedekut untuk mengucapkan ayat-ayat cintanya pada pemilik cinta, 
Mana mungkin cinta ini, 
ku amanahkan buat seorang lelaki yang culas, 
Culas dalam melaksanakan amanah pemilik cinta, Mana mungkin ku merasa bahagia, 
Jika aku menjulang-julang peminjam cinta, 
Tapi mengetepikan pemilik cinta.


Baru terbukak mata aku sket setelah selama ni aku "buta" dengan cinta yang ntah pape..Renung2kanlah dan selamat beramal,,hihihihihi
Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 21:03 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: buta, cinta, kata-kata, tazkirah

Tuesday, July 5, 2011

C.I.N.T.A part 2

C.I.N.T.A


Cinta,
Alangkah indah maknanya.

Cinta,
Kau hadir tanpa dipinta,
Menyuburkan taman di dalam hati ini.

Cinta,
Terasa bahagia bagaikan dunia ini ku yang punya,
Ingin ku laungkan,
Ku tlah jatuh cinta !

Cinta,
Mengapa kau pergi?
Mengapa kau tinggalkan aku?
Mengapa kau musnahkan tamanku?

Cinta,
Ternyata kau mudah datang dan pergi..

Cinta 
Kau hadir tanpa kau sedari 
dan kau pergi tanpa ku relai
Memori yang kau cipta
akan ku simpan dalam kotak kenanganku,
sebagai satu memori.  

Ya Allah...
Seandainya telah kau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi...
 
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang maha mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian  yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami...
 
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
 
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya...
 
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan hamba mu yang dhaif ini
Janganlah Engkau birkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan an kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah kepada kami
Keturunan yang soleh dan solehah...
 
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka...
 
Amin...
Amin Ya Rabbal A'lamin...


credits : doa ~ http://www.myspace.com/syazarina/blog/173610288

p/s : xpandai buat sajak :(
Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 15:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: cinta, doa

Monday, July 4, 2011

C.I.N.T.A



CINTA...

Cinta itu sukar untuk didefinisikan..setiap orang lain definisi CINTA. Semua orang pasti akan merasakan apa itu cinta kerana sememangnya itu adalah fitrah manusia. 

CINTA..
kau datang dalam sekelip mata..
dan kau juga pergi buat sekelip mata..

Hihihihi,,jiwang kejap tadi~~

Pernah tak korang mencintai seseorang dalam diam tapi malu untuk menyatakannya. At the same time,kawan korang pun minat si dia. Saya juga pernah mengalaminya. Memang sakit bila dapat tahu si DIA juga diminati oleh rakan sendiri.Apatah lagi yang rapat dengan kita. Selepas dapat tahu tentang perkara itu,ternyata hubungan antara kita n kawan kita semakin jauh. Perkara ini biasa. Namun,kita harus pandai mengawal emosi itu. Kepada orang yang berkenaan,tabahkan hati. Janji dengan saya,hari ini sahaja boleh bersedih,,Lepas ni jangan sedih2 tau ! 

Ternyata pengalaman ini yang mematangkan aku,Walaupun kasih tidak kesampaian namun ada hikmah atas segala kejadian itu. =)
Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 22:02 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: cinta, kawan, minat, tabah
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Cute Box Cat

Ikuti saya di sini ! :D

Follow @yani_fadzil

Add saya di MukaBuku :D

Sriyani Fadzil

Create your badge

Our Little Shop!

SRI'S COLLECTION

Promote your Page too

Post yang Fofuler :D

  • Sesalan??
  • Surat Pekeliling Pendidikan Pemulihan
  • Pengalaman yang terbaekkkk!

TicK-tOcK

My Wishlist !

Samsung Galaxy
License
DSLR
Car
Degree
Married

Blog Archive

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  September (1)
      • لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ...
  • ►  2015 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2013 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (4)
  • ►  2012 (19)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (8)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (24)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
  • ►  2010 (3)
    • ►  November (3)

duapuluhempat/tujuh

Total Pageviews

miss bOoLat_cUmeL . Powered by Blogger.