-->
Me n My Life

Monday, July 22, 2013

Sesalan??

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Sedar xsedar..masuk suda 14 Ramadhan 1434. Alhamdulillah..sudah 2 minggu kita berjaya menempuhi bulan Ramadhan. :)

Pada yang baca entri blog saya ni, saya mohon jasa baik anda untuk mendoakan rakan saya(satu batch), haidah. Doakan dia cepat sembuh k? :'( 

Bila berbicara tentang dia, saya sempat melawat dia (bersama rakan2 yang lain). Teringat kisah saya time tahun 2005. Tahun tu la letih betul. Empat kali masuk keluar hospital. what do you expect when I still in school..still fresh need to stay in scary ward :( 

Okehh..sebelum melalut. Kenapa saya buat tajuk sesalan? Sebab ini berkait rapat dengan keputusan yang di ambil. Yup..keputusan..

Apa perasaan kamu n parents kamu bila doktor cakap macam ni, "Anak puan disyaki akan buta. Sebab tu kami perlu ambil air tulang belakang dia." Kamu mesti rasa macam kamu tiada harapan mau hidup lagikan? Bayangkan selama ni kamu nampak cahaya, warna, keindahan alam ciptaan Allah tapi tiba-tiba kamu cuma akan nampak gelap. Mesti kamu rasa macam tiada guna hidup, depressed, macam..ntah la. Then, my parents duduk bincang, tanya uncle, aunty sama ada perlu lakukan Lumbar Puncture (ambil air tulang belakang) atau tidak. Parents mesti risaukan? Then, I went to the hospital and submitted to ward (fine, Oh My English! ahahhaha). 

Kamu mesti tertanya apa tu Lumbar Puncture kan? (as if kamu tertanya2, perasannya saya ni =.=') Lumbar Puncture atau nama manja yg digelar oleh para doktor LP, satu prosedur perubatan yang dijalankan dengan inject (saya bagi italic sebab saya tidak pasti dalam B.M) ke dalam bahagian bawah tulang belakang. Trust me..jarum tu sangat panjang.. sakit :'( Orang yang pernah melalui LP ni tau macam mana sakit dia.. Kenapa perlu lakukan LP? Sebab doktor mau cari sebab atau apa2 yang akan affect otak, spinal cord atau bahagian saraf yang lain. 

Berbalik kepada cerita saya, selama 4 kali saya masuk wad.. 3 kali tu saya menghadapi jarum yang sangat panjang dan agak panjang tu. Saya masih ingat kali kedua tu. Ya Allah..perit sangat..banyak kali doktor cuba ambil. Sampai saya menangis tahap teruk. Yalah..lemak tebal sangat. Payah mau ambil. hahaha.. 



Ni jarum dia. Dapat bayangkan? :(

Kalau baca - baca seja mesti tidak rasa kan? Now..why don't you try position untuk buat LP? Jangan pula kamu p hospital cakap sama doktor kamu saja2 mau buat LP. Firstly, kamu baring mengiring. Then, kamu tunduk dan dekatkan kepala dengan lutut kamu. Alaaaa..yang macam udang tu. Dapat? Haaa..macam tu la kedudukan saya dulu. Penat..sakit... Masa 1st time kena buat LP, saya dapat rasa tu jarum terlanggar tulang belakang saya :( Sakit..nyilu...



Ni kedudukan dia. 

Okehh..back to tajuk entri. Sesalan??? Kenapa sesalan? Kadang2 saya rasa menyesal sebab buat LP. Why? Kesan sampai sekarang. Walaupun doktor cakap maybe dalam sebulan dua seja kesan dia tapi sampai sekarang saya rasa. Especially time mau dekat-dekat hujan. Nyiluuuu bak hangggg...However..kalau xbuat LP mesti parents saya lagi risau kan? Ini semua untuk kebaikan. Yalah..palis2 bilang orang sabah..huhu..Kalau ditakdirkan buta, at least bila buat LP and dapat detect kita tau and prepare for the worst atau pun cuba cari jalan untuk penyelesaian kan? 

So, pesanan buat orang2 yang baca entri ni and kepada diri ni juga, hargailah nikmat yang Allah berikan kepada kita. Ini semua pinjaman Allah kepada kita. Lastly, saya sayang MATA saya :) 

p/s : maaf la..broken English ngan tunggang langgang BM ni..almaklumlah..pemulihan kan..hihihihihi(alasan seja ni)

cr: http://www.nhs.uk/Conditions/Lumbar-puncture/Pages/Introduction.aspx dan pakcik Google :D


Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 23:07 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, July 21, 2013

Fasa Kedua Ramadhan

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Sedar tidak sedar kita sudah masuk fasa kedua bulan ramadhan. :) kejap ja kan.. Mungkin ada yang tau mungkin ada yang tidak tapi saya cuma mau kongsi hasil bacaan yang saya buat. Terdapat 3 fasa dalam bulan ramadhan iaitu :-

~ Fasa pertama : Rahmat Allah
~ Fasa kedua - Keampunan Allah
~ Fasa ketiga - Bebas daripada api neraka Allah

Yang saya bagi bold tu fasa kedua. :) Seperti kata Puan Hajah Natrah, banyak2 kan la memohon keampunan. Kita tidak tau bila ajal kita kan? Mungkin ini ramadhan terakhir kita dan juga mungkin ini adalah hari terakhir kita. So, saya dengan rendah hati ingin meminta maaf daripada anda2 semua :) Kita hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Kosong2 aaa :') Okehhh..saya touching suda :')

Hari ni 21 Julai, means..saya ada 10 hari lagi mo balik Sabah ! Yeayyyyyyyyyy!!!! Alhamdulillah..dapat juga saya beraya di Sabah kali ni. Sejak saya menjejakkan kaki di Semenanjung ni, suda 3 kali raya saya beraya di sini. Memang lain rasa. Lain suasana. Tapi ini pengorbanan kan? Demi mendapatkan segulung ijazah dan untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya :) *walaupun dalam hati susah hati xdpt posting nanti.Be positive! Rezeki tu ada di mana2 seja. :)*

Ketupat


Saya xtau apa suda saya merapu dalam post ni =.=' sekian seja la untuk kali ni..hehehehehehe.. Oh ya! Selamat Bersungkai ;) 

p/s : new word of the day ! sungkai - buka puasa 

cr: http://wanmerah.blogspot.com/2011/08/fasa-ramadhan.html
Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 18:11 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: balik kampung, fasa ramadhan, ketupat, sungkai
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Cute Box Cat

Ikuti saya di sini ! :D

Follow @yani_fadzil

Add saya di MukaBuku :D

Sriyani Fadzil

Create your badge

Our Little Shop!

SRI'S COLLECTION

Promote your Page too

Post yang Fofuler :D

  • Sesalan??
  • Surat Pekeliling Pendidikan Pemulihan
  • Pengalaman yang terbaekkkk!

TicK-tOcK

My Wishlist !

Samsung Galaxy
License
DSLR
Car
Degree
Married

Blog Archive

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  September (1)
      • لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ...
  • ►  2015 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2013 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (4)
  • ►  2012 (19)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (8)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (24)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
  • ►  2010 (3)
    • ►  November (3)

duapuluhempat/tujuh

Total Pageviews

miss bOoLat_cUmeL . Powered by Blogger.