-->
Me n My Life

Monday, October 15, 2012

I'm Backkkkkkk...

Lama gila aku xupdate blog ni..makin malas dan makin kering otak ni mau cari idea... =.='

Sekian... (mau minta puji seja)
Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 21:37 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, June 12, 2012

K.U.D.A.T

Haiyarkkkk..line berukband aku ni selowwww..kalah2 macam kura2 =.=' 

Ni baru dapat updat belog aku yg xberapa mau cantik ni..hehehehehe...

Okay, kali ni aku mau bagi tunjuk sesuatu..Asal aku balik Kudat, aku wajib p sini before fly balik p kedah..Yalah...xtenang aku kalau xpigi...jap ah..aku upload jap lagi.. 

Kubur arwah ayah aku...

Al-Fatihah...Arwah kembali ke rahmatullah pada 25 Jun 2006...Kawasan tanah perkuburan ni bagi aku unik..kawasan ni kawasan laut..petang semalam aku p sana, angin agak kuat la jugak..


Selepas membersihkan kuburan arwah, mummy bawak aku singgah kat Pantai Bak-Bak..lama suda aku xpigi..yalah..di perantauan..laut di sini xsama dengan sana..rindu aku tgk laut sini..

Jernih x air ? Mummy cakap jernih sebab air surut..

Ni aku mau zoom yg seberang tapi nda dapat,,kamera xcanggih..hihihi

Well, I'm gonna miss Kudat so much nee...InsyaAllah jumpa lagi nanti :) Doakan keselamatan aku n kawan2  aku  esok ea..mau balik ekdah suda ni..semangat..hahaha ;)






Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 20:23 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kudat, pantai bak-bak

Tuesday, May 29, 2012

Home Sweet Home :)

Assalamualaikum :)


lama sa tidak jenguk2 blog ni kan.. hihihi..al-maklum lah..tiada idea mau karang2.. =.='


setelah setgh tahun sa berada di bumi jelapang padi, kini saya kembali ke negeri di bawah bayu :) terasa la jugak bahang Kaamatan di sini.. 


ok la, tujuan sa buat entry ari ni sbb sa berjaya menyiapkan satu lagi resepi pada hari ini! :) orang baru maw belajar masak2 kan..hihihi


so, today..saya buat Banana Shake ! Memandangkan xda org mau makan tu pisang, sa buat jadi minuman..hihihihi




okay..so, bahan2 yg kita perlu ialah :


1. pisang
2. susu
3. ice cream soda
4. susu pekat*


* : sa pakai susu pekat sebab mummy sa ckp pisang tu kurang manis, so..kalau mau rasa manis sikit, tambah lah susu pekat sikitttt..


Selepas itu, blend semuaaaaa..Psstttt, lagi sedap kalau ada ais :D 


Sudah tu, hidang! :)


Tadaaaaaa!!




Sekian untuk hari ini :) Resepi ni sa dapat dari myresepi.com. Try la..hihihihi :)

Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 23:40 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: banana shake, kaamatan, resepi, sabah

Thursday, March 29, 2012

Pengalaman yang terbaekkkk!

Lama aku menyepikan diri kan..huhu..orang p perkhemahan la katakan :p 

Bermula pada 25 Mac 2012. Hari pertama, ok..aku rasa mau cepat2 ja habis..sebab aku xsuka p camping sebenarnya.. =.=' kes xmau tidur di khemah jadi tidurlah di banai..hihihi :p itu pun 10 minit seja.... :(

Hari kedua, perjalanan bermula..pak cik bas tu silap hantar kami..dia hantar kami p pantai merdeka..jadi untuk tiba di destinasi sebenar, kena naik lori la jawabnya. huhuhuhu.. lepas tu aktiviti jungle trekking pun bermula...aku takut suda ni sebab mesti ada problem mau naik bukit nanti.. :( bukit pertama,ok fine..aku kena kuatkan semangat ! Alhamdulillah atas bantuan kawan2 aku dapat naik jugak..ni baru sikit..sampai la bukit yang ntah ke berapa, aku mula putus harapan..bukan mau nangis tapi mau berhenti seja di situ. Aku push2 diri aku sebab xkan la mau tinggal sorang2 di hutan kan? last2 naik la jugak aku di bukit tu. Kesian la jugak c nor sebab mau tolak aku naik atas. :( *sorry...aku xmau menyusahkan..tapi apa bulih buat kalau aku mmg macam ni..* 

Kas pun tolong tolak aku p atas, yg dari atas pula xern, syahmi, faiz, dll yang tolong. Thanks a lot u guys! kepada yang di belakang aku tu, sorry la ah..lori 8 tan di hadapan kamu, tu yg slow sikit tu..tapi kumpulan 5 - 8 memang TERBAEKK la.. :)

Hari ketiga, sorry guys..aku susahkan korang lagi..:( ari ketiga, kami berakit di lautan..BERAKIT...ok, memang ini 1st time laaa..aku pun macam , "oh tidak..macam mana ni..mesti susah payah kamu mau kayuh lori 8 tan ni kan* masa kami bertolak dari teluk nipah tu, perghhhhh,,boleh tahan la lumpur tuuu..sampai aku merangkak dalam lumpur tu. Awi pun tolong tarik aku, syawirah pun tolong, sorry...makin aku cuba angkat kaki kiri aku ke atas, makin dalam kaki kanan aku di dalam lumpur :( din pun tolong gak, last2 kasut dia tertinggal dalam lumpur. sorry :( aku gagahkan diri juga untuk jalan di lumpur tu. last2 aku naik rakit n bertiarap. laju ja dorang jalan..mmg payah lah mau sampai checkpoint pertama, beratkan..huhu...tapi sampai jugak.. :) lepas tu kami bertolak ke checkpoint kedua. haaa,, yang ni lagi laaa..kena suruh terjun air! ok,,aku memang fobia air laut..taku lemaskan..tapi xjugak lemas..best adalah ! :) makin aku relax, makin aku baring..weeee..memang best.. :D Dalam perjalanan mau p pantai merdeka, hujan tiba2..berakitlah kami dalam hujan =.=' kesejukan ni....

k lah, itu seja yang bulih aku cerita..huhuhu..ni gambar kami tem majlis penutupan :) 


BIG SIRI 2/KUMPULAN 1 2012 (PK1,PL2,TESL1)


PEMULIHAN 2



Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 22:51 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: berakit, BIG, camping, jungle trekking, kg. teluk nipah, pantai merdeka, perkhemahan, rakit

Thursday, March 15, 2012

Memenatkan diri sehari sebelum SBE ! :D

Okey,kali ni mau cerita tentang kami di hari sebelum SBE :D Orang lain sibuk2 mau prepare mental n fizikal mau p SBE, tapi kami boleh2 lagi p cuti2 Malaysia..hohohoho.. So,destinasi kami ialah...



kami bertolak dalam kul 10 lebey kot..p bfast dulu..ya Allah..peningnya aku tem tu..macam ular owhhh tu jalan.. @.@ pening2.. so,jawapannya,aku tdo ja la ..hahahhaha.. sampai ja di destinasi pertama. Rehat jap,p toilet..waaaaa,,banyak strawberi di belakang tuuu.. :) besar2..hihi..sakai kan.. =.=' aku pi cuci tngan..konpem aku segar terus..sejuk gila air dia... =.='

Lepas tu kami teruskan perjalanan untuk mencari ladang teh. Di sini kami spend masa untuk ambil gambar macam orang gila. hahaha.. kesiokan bah..


Next,kami p tengok strawberi ! :)

Yang ni kat depan tempat strawberi tu :)

Fresh strawberry !

Masuk taman rama-rama :D



Lepas penat jalan2..posing skettt :D

Yang ni mau balik sudaaa =.='

Mimi n saya :) haha,,d tepi jalan raya :D

Ni dia photographer nya :)

Kami sampai Ipoh kul 7pm..ohhh,,sangat penatttt :(
xlupa ole2 untuk kawan2 n family :) *sorry,keychain seja :( *





Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 13:14
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: cameron highland, keychain, rama-rama, strawberi, teh

Saturday, March 10, 2012

LIMA hari yang penuh makna .. Kisah 2

Orang lain balik kampung,,kami seja lah yang bertapa di asrama =.=' Kul 2 lebey tadi sampai asrama. huhuhu..penat gila angkat barang2..macam mau pindah rumah pulak..


Ok,,kali ni sa mau sambung lagi kisah sepanjang sa SBE. Ni pasal student yang sa amik untuk PKU3102. nama dia Raikal (klu xsilap la ejaan dia cmni). Pagi tu kami jumpa dengan cikgu LINUS tahun 1 Cikgu Sarina. Cikgu ni baek...sporting :) Kami minta tolong cikgu ni tolong cari 3 orang pelajar yang masuk program LINUS. Yang datang 2 orang seja sbb yg sorang xdtg p skola. sorang perempuan sorang lelaki. Sa dapat yang lelaki tu. Ya Allah..comel budak ni :) Mula2 memang dia malu la. Susah juga mau berkomunikasi dengan dia. Sebab dia payah mau bercakap. Tapi bila tanya benda yang dia suka macam kartun, dia laju ja jawab =.=' (Oh ya ! dia minat One Piece) Bila suruh dia baca, dia ok tapi dia macam susah mau bezakan certain huruf. Kalau sa tanya dia, dia xtau mau jawab apa, dia mesti senyum n ketawa. Comel gila2 dia ni. C nor adalah tulung sa cakap ngan dia. Di janji nya nasi lemak + ayam. Laju ja dia jawab. hohoho..


Lepas selesai tugas kami, kami p la minta fail dia. Time ni kami agak sakit ati la..sebab cikgu tu cam xsuka kami tnya dia..Tapi sabar seja la..kijap ja seminggu berlalu :D


Bila sa teliti maklumat dia, sa dpt agak2 la kenapa dia jadi cmtu..sebab bahasa pertuturan di rumah ialah bahasa asli. Memang susah la sbb parents dia  biasakan anak dia guna bahasa tu sebagai bahasa pertuturan seharian dorang. Hari tu, mimi nampak dia balik lewat..kesian juga sa ma dia,,kalau sa ada kereta sa bulih tolong hantarkan dia tapi apakan daya..sa masih xmampu..


hari kedua terakhir sa di SK Raja Chulan, sa p interview cikgu LINUS tahun 2. Cikgu tu cakap memang dorang satu family mmg cmtu...bila kita tengok mmg macam budak AUTISME la jugak..sebab dia dengan dunia dia..


Tem last day pula masa mau p amek gambar hasil kerja dia, sa nampak la macam mana cara dorang belajar. Raikal mmg perlukan bimbingan di rumah. Mungkin sebab faktor mak ayah dya bz.. 


Apa yang sa belajar lah..Kalau kita dah jadi cikgu n parent masa akan datang, hargailah anak2 kita,murid2 kita. Luangkanlah masa dengan anak2 sebab masa kanak-kanak ni lah dorang perlukan perhatian lebih. Bantulah dorang buat kerja sekolah. Oleh itu, saya berazam untuk menjadi seorang cikgu dan ibu yang baik :) 


Dari kiri : Mia, Raikal,Farharn, Farisya,Redzuan, dan Sofia


Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 16:03 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: LINUS, pengalaman SBE

Friday, March 9, 2012

LIMA Hari yang penuh makna... Kisah 1

Assalamualaikum..lama sudah sa tidak update kan..huhu..surilah..bz memanjang..SBE atau pun PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) yang 1st ni sa buat di Ipoh, Perak..mesti kamu heran kan..huhu..mau cari pengalaman bah..


Sekolah yang kami pilih tu..SK Raja Chulan.. Mula2 sampai tu memang nervous la jugak..dulu2 sa pigi sekolah pun dengan berbekalkan SPM..ntah apa2 aku ajar budak2 tadika tu..hohohoho..


Kali pertama pigi tu..orang pertama kami jumpa kakak KDC dari IPDA jugak..dia course PK..lepas tu kami jumpa dari IPG lain..IPG Ipoh..Nabihah Diyana a.k.a Nana :D (mcm nama rumate aku pulak) ada la jugak dari IPG lain. Nana, yong, mimi n sa satu mentor..untunglah kan kami..xpayah lepak di bilik guru..sana bilik pemulihan seja..hahahaha..(nda payah relief kelas :p) Seriously ni 1st time sa masuk kelas pemulihan..agak ceria jgklah..


Kalau sa kasi cerita lima hari punya pengalaman..memang nda habis2 ni...Hari pertama tu kami sudah rasa and nampak macam mana pemulihan tu sebenarnya.. Murid pemulihan di situ bukannya banyak manapun..4 orang seja..tapi apa yang mengejutkan kami...rupa2nya masih ada yang tertinggal dalam pelajaran sebab masalah keluarga..bila dengar cikgu tu cerita sal dorang (3 beradik ni) memang kami agak terkejutlah..(kalau mau tau pasal kisah durang,nantilah sa cerita). 


Dengan 8 mata dan 8 telinga, kami sendiri dengar cikgu dan PK HEM tu bercakap sal murid-murid tu. Hari demi hari berlalu, kami tau lah jugak cerita sebenarnya. Ada jugak kami berinteraksi dengan 3 beradik tu. Rasa mau menangis pun ada bila dengar sal dorang..Kalau aku cerita balik ni, konpem mengalir air mata aku..huhuhuhu..


Aku ada terdengar yang dorang ni xda pensel untuk tulis..jadi malam tu aku kuar n pi beli set alat tulis..walaupun xseberapa..Aku belikan untuk dorang bertiga..Alhamdulillah, dorang manfaatkan jugak :) Kalau aku kaya, aku bawak dorang p makan..kesian jugak bila cikgu2 cakap kdg2 dorang langsung xmakan unless bila dtg p skola sbb dapat RMT. Memang betul lah cakap mentor kami puan Hazlah, cikgu Pemulihan kena berkorban masa dan duit demi anak didik. Kalau boleh nak jugak aku ajar dorang selagi aku masih di Ipoh ni. At least dorang dapat bimbingan jugak. Semua adik beradik baru start skola..Kita xboley expect dorang terus boleh kuasai semuanya kan? Ini baru satu cerita..panjang lagi sebenarnya cuma hard to explain it with words..


Farharn, yang ni salah sorang adk beradik tu. Comel budak ni. :) Petah berkata-kata cuma xpandai membaca n mengira lagi. Alhamdulillah selepas sebulan dia dah boleh tulis nama dia. :) Kira 1-10 pun boleh :) Kami kaji sal dia. Ada ar gak kami minta fail peribadi dia. Cita-cita dia mau jadi angkasawan. Tinggi cita-cita dia (teringat aku zaman skola dulu2). Semoga dia mampu mencapai cita2 dia. Amin :) (menitis airmata aku menaip post ni tau) 


Farisya (ni kot ejaan nama dia,,hihi =.=') yang ni adik dia. Dia ni pun comel gak. Baik ja murid ni. Kalau kami minta dia tolong panggil classmate dia, rajin dia p cari. Nor cakap " Dia rasa dia dihargai sebab selama ni cikgu xbagi dia perhatian tapi kami (yg p SBE ni) bagi perhatian ngan dia. Memang betul la jugak. Mesti dia happykan sebab cikgu ingat nama dia :) Sa tengok dia ni rajin :) 


Fathiah (tau sebut tapi xtau eja). Yang ni akak dia..Darjah 5. Hari ni 1st time aku cakap ngan dia. Selama ni aku perhatikan dari jauh seja. Kesian jugak aku tengok kawan2 dia xmau kawan dia. Dia perlukan kawan jugak tu. Bukan salah dia jadi macam tu. cuma faktor persekitaran yang menyebabkan dia jadi mcm tu. Aku tanya la, " ada makan sarapan?" dia geleng kepala. "ada makan tghari dan malam?" dia angguk2 kepala. itu pun cikgu tu cakap sardin ngan telur seja..kdg2 xda mknnn langsung.. memang kesian la jgk..mesti dorg xpernah mkn sedap2 kan.. kalau aku bnyk duit, aku bawak dorg p kfc..bagi rasa jugaklah..tapi apakan daya..aku pun makan guna duit elaun..xpa..insyaAllah kalau cikgu ada rezeki, cikgu dtg balik dan cari kamu semua..



farisya


farharn

Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 13:22 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PBS, pemulihan, pengalaman, SBE, sk raja chulan desa cempaka

Tuesday, February 21, 2012

Alhamdulillah :)

Sorry lama xupdate blog yg xseberapa ni. huhu.. Beberapa ari ni aku agak down la.. Aku xmalu nak nyatakan yang aku GAGAL test komputer JPJ. Mula2 tu memang sakit. Trimas mummy n suma kawan2 yang support. :D Akhirnya aku dapat berdiri sekali lagi mengharungi kegagalan. 


Memang lah agak malu sebab gagal tapi bak kata Pija, "Lebey baek gagal awal daripada gagal kemudian sebab kesannya sakit". Ya, aku akui semua tu. Setelah beberapa ari aku bergelut dengan buku n software test tu, ALHAMDULILLAH..dengan izin Allah, aku LULUS akhirnya. :) Aku bersyukur sangat2. Kali ni aku dah dapat pengajaran. I need to be well prepared n dun study last minute. =.='


Selesai satu masalah aku..aku sedar tahun ni banyak masalah menimpa. Tapi aku harus kuat. Allah timpakan semua musibah sebab Allah sayangkan kita. Maksudnya, Allah masih sayangkan aku. Bila terjaga dari tidur setiap pagi, aku bersyukur aku masih bernafas. Allah masih sayangkan aku. :') Sejak beberapa tahun ni, aku selalu mimpi aku didatangi maut. Aku agak risau sebab amalan aku xcukup ag...Aku xsedia lagi..


Ya Allah..Kau bantulah hambaMu ini. Kuatkanlah hatiku agar tidak berpaling dari  cintaMu. Amin..Ya Rabbalalamin... 


p/s : semoga berjalan lancar semuanya. :)
Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 18:27 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, February 16, 2012

New Talent Found !

Sedang aku tengok2 youtube tadi (tujuan mau cari video yang lawak2) Last, terjumpa satu video ni. Lagu cover SO7 - Buat Aku Tersenyum. Siyes sumandak ni nyanyi memang best. Suda la pandai main gitar. So, aku subcribe la. Banyak pula dia buat cover n lagu sendiri. Hebat ! Aku tabik la dia. So creative :)

Ni one of original song. Kau dan Dia - Pika

http://www.youtube.com/watch?v=MKZZsD9a68o&feature=related

Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 01:09 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, February 12, 2012

Aku AUTISTIK???


Hari ni untuk ke sekian kalinya kami dengar ttg autistik. Memandangkan aku major dalam pemulihan, aku kena jugak blaja dlm subjek PKU 3102. Bila difikirkan kembali, hampir kita semua ada ciri2 autistik. Aku pun ada :( 



  • Aku suka goyang2 kaki.
  • Kadang2 aku xsuka perubahan,,aku suka rutin.
  • kadang2 aku akan menangis sendiri..kalau aku marah bikin takut juga..(duluuuu laaa)
  • macam yg puan lecturer tu cakap(malu mau bgtau kmurang),,ada la jugak..
Aku baru lepas googling..then aku jumpa satu website ni..kita ley test whether kita autistik ka tidak. Then my result is :-


I am 12% autistic

How about u? Wanna test? Click here :)

kakinota: agak terkejut..i think i need to change for the sake of my children later on.
Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 13:44 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: autistik, kuiz autistik

Vroommmm Vroommmmm

Hari ni aku hampir2 xbangun..tu pun nasib baik nana kejutkan..haaaa,,,salah aku.. sapa suh tdo lewat2..wkwkwkwkwkwk..ni la jadi bila sakan bercerita kan.. :)

Orang lain syok2 tidur di bilik.. kami bertiga (kyra,nor n aku) terpaksa gagahkan fizikal dan mental kami untuk p bengkel 5 jam..almaklumlah..baru mau buat lesen..

Pagi2 tu kami ingat kami ditinggalkan suda..risau gila2 ni..huhuhuhu..rupa2 nya bukan..uncle tu dtg lambat..fuhhhhh..selamattttt :)

Agak jauh la perjalanan kami...otw mau p Bukit Wang. Selama perjalanan bengkel tu,agak mengantuklah..lagi2 yang lepas rehat kul 11 pagi tu..kalau bole, mau ja aku ambil bantal n tdur..serius,ngantuk tahap cipan..hahahaha.

Sebenarnya aku risau mau ambil ujian undang2 ni..Cikgu tu cakap senang mau lulus senang mau gagal. Tapi ramai kawan2 aku lulus..kenapa aku xbolehkan? :) chaiyo2 ! kecut la jugak perut aku bila fikir mau bawa kereta.. :( tapi..sampai bila lagikan? akan ku gagahi jua~~

Aku memasang impian, mau bawa kereta ni p kelas..bulih kaitoO? muat suma housemate aku kannnnn :D


kakinota : xsabar mau dapat lesen :)

Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 00:04 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, February 8, 2012

Harap inilah yang terbaik untukku

After a few days..baru mau update .. huhu..agak malas mau update sbb xda mood.. 


Few days ago, lecturer EDU3102 adalah cerita tentang sorang student ipg yg posting 2010. Aku respectlah cikgu tu. Niat dia sungguh murni. When i came back to hostel, i think again. Betulkah niat aku mau jadi cikgu ni? Atau semata-mata sebab ini ja jalan yang aku boleh pilih. Aku bukanlah pandai sangat pun. Dulu-dulu mau juga jadi doktor, tapi aku memang xboleh carry Biologi. haha..mau juga jadi budak sains hayat kan? Fizik lagilah aku xboleh carry. Aku duduk merenung kembali..baring..


Aku sedar aku ni macam xda pendirian yang tetap..tapi apa2 pun semua tu rezeki kan.. Betullah..masin mulut kawan aku. Akhirnya..aku jadi cikgu..ehhh..silap..bakal cikgu (belum grad lagi). 


Tawaran uni yang aku tolak
Kalau difikirkan..aku pilih mana pun aku still jadi cikgu kan? Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Yeah..still dalam jabatan yang sama..Jab. Pend. Khas..huhu.. Sebenarnya, masa aku mohon KPLSPM, aku xtau pun apa tu pemulihan. Main klik2 ja..adoiii..Tapi, tanpa aku sedar, aku sudah dapat pengalaman tu. Haha..terukkan? 

Aku dapat result panggilan daftar IPG beberapa hari sebelum keputusan UPU kuar. Aku sebelum ni pernah mohon tapi xdapat. Aku cuba jugak mohon balik. Alhamdulillah, tahun 2010 bawa banyak rezeki. Aku bukan ja dapat satu panggilan tapi dua. Masa bukak UPU tu, aku berharap aku dapat yang aku mau, dalam bidang perubatan la jugak..aku minat bahagian pathology. dari duluuuuu lagi mau kerja di hospital,suka sgt hospital kan..hahahhahaha.. sekali tengok,yahhh..itu diaaaa..pendidikan jugak (aku melalut time interview tu). Aku fikir. Memang ini rezeki aku.. tapi jalan mana satu aku perlu pilih.. Lepas solat Istikharah, aku pilih jalan IPG. Itulah pertama kali aku belajar jauh dari family aku..Hujung kudat ke hujung utara. yeay..jauhkan? Tapi semua tu pengalaman.. berangan2 mau pigi overseas,,"overseas" la jugak kan? hahaha :D

Bila aku masuk sini, baru aku tau..susah mau jadi cikgu. Bukan senang..Nasib baik ada juga minat sikit2.. Lepas beberapa bulan aku duduk sini, banyak benda aku belajar. Teknik, psikologi kanak2.. Semua tu penting. Aku tersedar yang method aku guna masa keja part time di tadika tu xbetul. Aku ajar dorang guna cara student skolah menengah. Aku akur kesilapan aku. Tidak semua student dapat pick up laju apa yang kita ajar. Apa yang penting, alat bantu mengajar. Aku dulu masa keja part time cuma berbekalkan buku, kapur and blackboard. baru aku tau kenapa student tu payah mau faham. Kita perlu mudahkan dorang utk belajar n faham. Sedikit sebanyak sedarkan aku. 

Buat ibu bapa di luar sana, hargai anak-anak anda. Anak-anak itu permata. Sebagai ibu bapa, anda perlu luangkan masa untuk mereka. Jangan harapkan guru 100%. Di rumah, kita perlu bimbing dorg jugak. Kalau xbimbing pun, kita bagi support ngan dorang. Jangan biarkan dorg terlalu leka. At least dalam 3 kali seminggu luangkan masa dengan dorang untuk buat kerja rumah, bercerita. 2009, 1st time merasa bagi tuisyen kat org. Aku pun lupa nama sebenar dia. aku panggil dia Obi. Masa tu dia darjah dua. Beberapa bulan aku duduk diam di rumah xbuat apa2 kerja. Alhamdulillah masa tu rezeki. Ada org mintak tlg ajar anak dorg. 

Aku diminta untuk ajar anak dia membaca. Aku pun time tu bingung. Ha? Membaca. Kan dia darjah 2. Lepas 1st day tu, baru aku tau keadaan sebenar dia. Org xda pengalaman macam aku ni, mmg payahlah sikit. Nasib baik mak dia tolong jugak sediakan bahan. Bulan pertama, memang macam mau give up pun ada. Dia boleh membaca tapi kena mengeja dulu. Ya Allah..macam mana ni.. Aku risau dia xdpt dipulihkan. Aku keja makan gaji..Aku xmau la kena cakap makan gaji ja. Kadang2 tu memang aku blur,,mcm mau give up pun ada. 3 bulan la jugak aku mengajar dia. Satu hari tu, mak dia call. Dia cakap anak dia boleh membaca dengan lancar sudah. Ya Allah..masa tu aku happy sgt2.. (Baru aku paham apa perasaan cikgu aku bila aku yang lembab dalam maths ni boleh dapat A). Bila aku teruskan mengajar, aku sentiasa nampak senyuman pd wajah mak dia. Ini perasaannya an? Sungguh gembira dengan hasilnya. 

Sebelum ni aku xperasan masalah ni serius. Ramai pula yang semakin lemah 3M. Aku kan dengan dunia aku sendiri masa skola mngh,, tinggal di asrama..jadi nda la tau. Setelah hampir dua tahun blaja kat IPG ni, sedikit sbyk dpt memotivasikan diri aku. Lagi2 setelah aku baca blog cikgu tu. Aku sedar akan keadaan yang bakal aku hadapi. Kalau mau grad, bukan pointer seja yang penting..tapi niat tu. Niat tu yg akan bawa aku ke tahap seorang guru yang coleh dikatakan ideal. Yup! Aku kena betulkan niat. Chaiyo2 ! 

Yang lelaki tu Obi. Sebelah dia Evy,adik dia (comelkan diaaaa)




Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 21:53
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, February 5, 2012

ohhh tidakkkkkkk

saja buat title post cenggitu..hahahahahaha *mulau*


ptg tadi sy pigi ambil spek sy..pakai sha..ohmyyyyyy..feningggg~~~ 


ingt lagi org tu cakap " dik,kalau tambah lagi degree silau adik ni, memang kena order dari kilang laaa..jangan naikkan lagi tau !" .. sy pun ternganga la jugak..ok fine..mmg bertambah silau ~ tapi... mcm mana mau halang dari naik lagi? cuba kah kamu kasi idea sikit..


sy tgh biasakan diri ni..aduii..pening2...ohya! rabun silau ni kalau urg2 optometri ni panggil astigmatism.. 


sandi owh kalau rabun silau ni..aku mmg xley jln mlm2..sakit biji mata ni..cm mau terleluar pun ada.. =.=' 


kakinota : sila jaga mata anda baik2..makan la carrot *bak kata norsilawati*


SPEK BARU SY :D

TEBAL X?






Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 19:01 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, February 4, 2012

how should i say ah?

Tengah aku lepak kat bilik memeber..tiba2 bunyi reminder aku..tgk2..oh..4 feb... wait..4th Feb??? Almost forgot..so should i or shouldn't i? hmmm.. Well..I'm gonna wish u anyway either ko dpt baca @ tidak entri blog sa ni. 


Tanjoubi omedetou ! May Allah bless you always..

kakinota: u know who u are. 

Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 17:52 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, February 1, 2012

its all about the moneh moneh moneh =.='

Hari ni, semua orang asyik cakap sal duit..DUIT DUIT DUIT *aku pun pening fikir pasal duit*


Aku ni jenis yang malas tgk hp b4 p kls,,tem mau bersiap p kelas baru la nampak msg c yong ni masuk.. ELAUN SUDA MASUK. Alhamdulillah.. Terlepas beban family aku..yalah ba..sebulan teda elaun..nasib baik ada support dari family. 


Sebelum masuk elaun, pening.. Selepas masuk elaun pun pening. Susah jugakan kalau hidup ni mamang perlukan duit. Kalau nda, nda survive dalam hidup. Memikir lagi mcm mana mau save duit. Bulih gila bei pikir duit ni. 



Kenal ka tu permainan ? Saidina.. ala masa kecil2 dulu fofuler tu game. Teringat ni masa kici2 dulu, "kan best kalau bulih pakai ni duit" . Itu la sa pikir masa kici2 dulu. Anduu,, kici2 suda pikir pasal duit. See..memang penting ni duit. 

Lecturer EDU 3102 ni adalah bagi nasihat sama kami. Memang betul la pa dia cakap. Kita memang seronok dengan keindahan dunia sehingga lupa akhirat. Kita semakin alpa. Asyik mengejar keduniaan. Sana sini lari mengejar harta. Memang la..sebab teda duit susah lorhhh.. tapi..akibat kalau kita terlalu mengejar kekayaan? Bagi yang parents, anak2 terabai..Ada yang sibuk kumpul harta, malam2 xsenag tidur sbb takut kena bunuh.. Betul nda? Niat sa bukan la mau kasi sakit ati tapi hakikat dunia sekarang. Ngam la kan pepatah org putih "NO MONEY NO TALK" . Kalau nda da duit, org xpandang kita kan? 

Kalau cerita pasal duit ni, sampai minggu depan pun xhabis cerita. harap maap la kalau sa ada terkasar bahasa :( ampun..maap..sorry..

kakinota : Bayi dilahirkan ke dunia dengan menangis..maka pabila kita kembali kepadaNya, senyumlah kerana kita akan meninggalkan dunia yang melalaikan..kembali kepada Allah...(pensyarah perkembangan kanak2 kami :) )

cr : http://yatiali-noryati.blogspot.com/2011/07/saidina.html

Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 01:36 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, January 28, 2012

ulalala~ :D

Sebenarnyakan..aku pun xtau mau taip apa ni..tapi sedang2 cari idea..*krokkkkkk (bunyi perut)* maka aku pun ingin menulis eh...menaip entri tentang makanan..aku ni xla pandai sangat bab2 menjana idea n perkataan..tapi,at least ada kan? :)


During my holiday last year,,aku memang duduk diam kat rumah la..jadi suri rumah sepenuh masa..hahahahahaha..sebenarnya aku yang malas mau keluar sebab aku mau hargai setiap detik yang berlalu tu di rumah :)


Aktiviti aku di rumah :-



  • tengok animax (beelzebub,kuroshitsuji,baka and test)
  • tengok masterchef (berkobar2 mau masak ni)
  • online memanjang
okehhh,,straight to the point,,aku memang mau upload pic makanan yang aku berjaya buat (walaupun xsecantik,sesedap,sejadi yang asalnya)..jangan kamu ketawa ah (malu ni)...

WEDGES

CEK MEK MOLEK

MASHED POTATO WITH GRAVY SAUCE

Awwwww,,,aku laparrrrr tengok pic2 ni :( especially mashed potato....

Ada lagi tapi aku xsnap pic sbb aku lupa :D aku ada la try wat milk shake n satu lagi tu..ilangkan panas badan :)

I thought it is easy to make these foods,,lastly..okehhhh,,agak payah jugak..sebab basic aku xla brp power sgt bab2 masak ni (sah2 kena reject kalau bakal mentua dgr,,haha) Aku try ok? Mau jadi isteri yang berjaya maaa :D Everyone can cook ! Just need practice :) Aku buat mashed potato tu pun 2x baru perfect sket cam lam pic tu,,hewhewhew (gelak yg aku blaja dari dak DC). Aku rasa cukup sudala aku mengarut di cni,,hihihihi :)

kakinota : wahai bakal housemateku,jgn kamu bising ah kalau sa kasi selerak dapur nanti,,hahahaha..mau practice memasak ni :D




Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 15:51 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: aktiviti masa lapang, cek mek molek, mashed potato, wedges

Friday, January 27, 2012

Bersengkang mata =.='

Assalamualaikum..huwarghhhhh..orang lain lena dibuai mimpi..aku pula? haha,,baru lepas make-up kan blog aku..ateiiiii =.=' nda ba sa pandai sangat... bulih2 la..baru mau belajar2 :)


kalau kamu perasan la kan...cursor sa lain kan? kawaii :D rupa2 nya senang ja ah..baru ku tau =.=' (slowmo betul)


lepas tu..tuuuu atas tuuuuu,,aiyaaa...senang pula buat tu..=.=' (tambah lagi slow mo)


lps tu..cuba ka kasi biar ni blog selama seminit..rasa2nya la...ada energy saver ! :D sayangilah Bumi kita :) 


ok..kalau kamu nda paam,,sa paam..ntah apa sa melalut sini kan...adeii..


petang tadi..dengan semangat berkobar2 sa pigi pasar malam..jalan2 p ekspo...Alhamdulillah..ada la sa beli satu buku ni..actually suda lama ba ni buku..sa ja lambat pigi beli..tajuknya.. La Tahzan atau dlm BI Don't Be Sad atau dalam BM Jangan bersedih.. macam best ni buku..banyak komen positif yang sa Googling tadi la...oleh kerana sa malas mau ambil gambar..sa p copy di internet.. (maap,,sa pinjam ja ah..)



cr : http://www.lizarazak.com/2011/06/buku-la-tahzan-jangan-bersedih-memang-terbaik/

hopefully I can finish reading it a.s.a.p :)

bah,,lewat suda..modop dulu sa ah :) oyasumi minna ! :)

p/s : kalau perasan ada di sanaaaa atas tu kan.. La Tahzan.. Innallaha ma'ana..means.. Jangan Bersedih..sesungguhnya Allah bersama kita :) Nasihat untuk diri sendiri dan yang lain juga ! :D

cr : http://syafiqasyaqieralurve.blogspot.com/2011/06/la-tahzan-innallaha-maana.html



Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 03:28 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: buku motivasi, cute cursor, la tahzan, power saver for blog

Sunday, January 15, 2012

Pekeliling P1NCH 2011 bagi negeri Johor

Bil.JPNJ.PEM(47)600 - 8/2/1 (13) bth 4 Januari 2011





Ada lagi,tapi dlm bentuk pdf..Gomeneh =.='

Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 18:52 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 2011, negeri johor, P1NCH, pekeliling, pemulihan

Saturday, January 14, 2012

Surat Pekeliling Pendidikan Pemulihan

ni post sy yg pertama utk taon ni kan?hoho,,sy xpandai mengarang ayat,,sebab tu malas.. (teruk ni)


Minggu kedua sem 1 PISMP,,okeh..kerja menanti..mati2an mencari pekeliling..alhamdulillah..adalah jumpa..tapi tidak semua..


Harap2 memberi manfaat pada semua :)


Bil. KP (BS) 8594/Jld. 11/32 bth 22 januari 1985



Bil. KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bth 28 Januari 1986


Bil.KP (BS) 8502/5/PK Jld.V (29) bth 17 Mac 1986



credits to : http://sinaranbestari.blogspot.com/2011_06_01_archive.html


Diluahkan oleh miss bOoLat_cUmeL pada 21:30 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1985, 1986, pemulihan, surat pekeliling
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Cute Box Cat

Ikuti saya di sini ! :D

Follow @yani_fadzil

Add saya di MukaBuku :D

Sriyani Fadzil

Create your badge

Our Little Shop!

SRI'S COLLECTION

Promote your Page too

Post yang Fofuler :D

  • Sesalan??
  • Surat Pekeliling Pendidikan Pemulihan
  • Pengalaman yang terbaekkkk!

TicK-tOcK

My Wishlist !

Samsung Galaxy
License
DSLR
Car
Degree
Married

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2013 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (4)
  • ▼  2012 (19)
    • ▼  October (1)
      • I'm Backkkkkkk...
    • ►  June (1)
      • K.U.D.A.T
    • ►  May (1)
      • Home Sweet Home :)
    • ►  March (4)
      • Pengalaman yang terbaekkkk!
      • Memenatkan diri sehari sebelum SBE ! :D
      • LIMA hari yang penuh makna .. Kisah 2
      • LIMA Hari yang penuh makna... Kisah 1
    • ►  February (8)
      • Alhamdulillah :)
      • New Talent Found !
      • Aku AUTISTIK???
      • Vroommmm Vroommmmm
      • Harap inilah yang terbaik untukku
      • ohhh tidakkkkkkk
      • how should i say ah?
      • its all about the moneh moneh moneh =.='
    • ►  January (4)
      • ulalala~ :D
      • Bersengkang mata =.='
      • Pekeliling P1NCH 2011 bagi negeri Johor
      • Surat Pekeliling Pendidikan Pemulihan
  • ►  2011 (24)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
  • ►  2010 (3)
    • ►  November (3)

duapuluhempat/tujuh

Total Pageviews

miss bOoLat_cUmeL . Powered by Blogger.